Wednesday 23 November 2011

♥ La Praise ♥

La Praise Cleansing Gel



Mulakan hari anda dengan kulit wajah yang muda dengan menggunakan pembersih muka yang diformulasi dengan sel induk tumbuhan dan antioksidan. Ia membantu menyingkirkan kotoran yang terkumpul dalam liang-liang roma kulit, meninggalkan kulit anda rasa segar, licin dan berseri selepas guna.

Cara Penggunaan
  • guna dua kali sehari pada waktu pagi dan malam
  • lembabkan muka dan sapukan gel pembersih sehingga ia mengeluarkan buih
  • sapukan pada muka dan urut dalam gerakan berpusing
  • bilas dengan air yang secukupnya sehingga bersih

La Praise Toner



Toner yang ditambah dengan ekstrak licorice, chamomilla dan pati tumbuhan untuk membantu kulit anda mencapai tahap keseimbangan dan penghidratan. Ia mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa.


Cara Penggunaan
  • guna setiap hari pada waktu pagi dan malam
  • gunakan toner pada muka yang telah dibersihkan
  • lembabkan pada kapas dengan toner ataupun semburkan toner pada muka
  • tepuk secara lembut dengan menggunakan hujung jari

La Praise Sun Protector SPF 30 PA+++


Perlindungan SPF 30 PA+++ melindungi kulit anda daripada bahaya sinaran UV. Kandungan rice germ oil dan squalane (zaitun) memastikan kulit anda lembap sepanjang hari.

Cara Penggunaan
  • guna setiap hari pada waktu pagi
  •  sapukan krim pada muka yang telah dibersihkan
  • sapukan secara lembut pada muka dengan menggunakan hujung jari

La Praise Night Renewal

Menyuburkan kulit anda pada waktu malam dengan gel yang diformulasi khas daripada kolagen marin, betaglukan dan antioksidan untuk melembap dan membantu melewatkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Penggunaan yang konsisten menjadikan kulit anda kelihatan muda dan berseri.


Cara Penggunaan
  • guna setiap hari pada waktu malam
  • sapukan dengan sekata pada muka dan leher selepas membersihkan muka


La Praise  Eye Lifting Gel

Formulasi khas untuk menghilangkan garis-garis halus, lingkaran di bawah dan sekeliling mata. Produk ini ditambah dengan asid askorbik (vitamin C) untuk melembap, menegang dan mengembalikan keremajaan kulit di sekeliling mata.


Cara Penggunaan
  • guna setiap hari pada waktu pagi dan malam
  • sapukan secara lembut di sekeliling mata sehingga diserap sepenuhnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...